3 Jin Zaman_Negara_Berperang

Pada tahun 403 SM, 3 keluarga golongan bangsawan (公族) Negara Jin (晋国) yang bernama Han (韩), Zhao (赵) dan Wei (魏) telah memberontak terhadap kerajaan Jin selepas mendapatkan keizinan daripada Dinasti Zhou.

Ketua-ketua kepada 3 keluarga tersebut telah mengisytiharkan dirinya sebagai 'raja' kemudian dan memecahkan Negara Jin kepada 3 negara yang baru didirikan oleh mereka.

Kejadian ini dikenali oleh ahli sejarah sebagai 3 Keluarga Memecahkan Jin (三家分晋). Ini juga sebab Negara Han (韩国), Negara Zhao (赵国) dan Negara Wei (魏国) dikenali sebagai 3 Jin (三晋).

Negara Jin pada akhirnya menjadi satu negara mikro dan dihapuskan oleh 3 Jin pada tahun 376 SM.